iklan adsen

Search This Blog

Saturday, December 19, 2015

Asam pedas Melaka Yang Tersedap

Ramai yang sedang Google Asam pedas Melaka yang sedap. Saya dapat info dari kawan di melaka dan feeback rakan facebook mengatakan asam pedas kedai ASAM PEDAS KAK ANI.
Lokasi Kedai Kak Ani Tepi   AMJ Kandang. Jika dari Bandar Melaka atau Semabok menghala ke Muar, ia kat sebelah kiri (betul-betul kat papan tanda tu) berhampiran tempat jual gazebo sebelum lampu isyarat Kandang/ Ayer Molek.
Makan asam pedas asli Melaka, jom datang ke gerai ni. Memang sedap. Ikan baru. Nasi dah habis, kuah dihirup. Harga lak, bayau dengan senyuman sebab murah dan berpatutan.
Bermula dari pagi, ada sarapan hingga ke petang, ada mee kari marbeles. Sapa makan, kata x sedap, maknanya tekak dia tu tekak orang Australia.
Kedai ni baru buka hari ni tapi sebelum ni mereka pengusaha kantin sekolah. Sangat pemurah bila kita order untuk makan ramai tapi harganya tetap terbaik. Yang penting bagi saya, biau mahal sikit asal sedap apatah lagi jika sangat sedap tapi murah.
Saya doakan agar kejayaan Kak Ani ni akan bertambah maju dan kekal dengan prinsipnya 'biau untung sikit tapi berkat'.
"Yang paling penting, orang puashati membayar makanan hasil masakan akak" - kata-kata ini masih segar


No comments:

Post a Comment